Pages

 

(Seminar) Self Image and Impact @ SMT Tuanku Jaafar Seremban

Rasa sangat gembira apabila dipanggil kali kedua untuk bersama dengan pelajar Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar Seremban pada 9 Januari lalu. Kali ini untuk Seminar Self Image and Impact (student edition). Dalam seminar ini saya menekankan aspek ketrampilan diri dan kesan positif peribadi yang baik kepada setiap pelajar, bukan hanya ketika di zaman persekolahan, malah ketika menjalani dunia kerjaya mereka kelak.

Atas permintaan kaunselor sekolah, saya mulakan dengan sedikit sesi motivasi. Saya bawakan fakta berikut untuk difikirkan oleh para peserta. Saya dapat lihat reaksi mereka berubah. Saya tekankan 3 perkara ini jika ada dalam diri pelajar akan menjadi kelebihan yang tiada tandingan, namun ketiadaan 3 aspek ini akan meletakkan mereka dalam risiko untuk menjadi 'golongan yang tertinggal'.

Sepanjang program ini, saya menggunakan kedua-dua bahasa (BM dan Inggeris) sebagai perantara. Saya mahu pelajar faham ada sesetengah penjelasan lebih tepat jika disampaikan dalam bahasa Inggeris. Topik dalam seminar ini meliputi perkara berikut. Aspek ini merupakan aspek paling asas yang perlu menjadi amalan dan gaya hidup. A person will not be treated professional unless you dress and act professional - itulah yang saya tekankan.

Segmen yang paling diminati adalah apabila saya membuat demonstrasi cara berjabat tangan yang betul - firm handshake. Disebabkan pelajar lelaki yang saya panggil itu cuba berlagak gentlemen, pelajar yang lain ketawa dengan aksi beliau. Apa yang saya ingin sampaikan ialah cara berjabat tangan adalah teknik paling asas untuk berkomunikasi secara bukan lisan. Cara berjabat tangan akan menyampaikan mesej sama ada kita professional, berkaliber atau sebaliknya.

Program berakhir dengan jayanya. Kami bergambar tanda kenang-kenangan dan sudah pasti, jika ada rezeki nanti saya pasti akan menjejakkan kaki ke negeri Seremban semula!