Pages

 

Mini Beauty Clinic @ UPM


Hari ini, saya bangun awal dan rasa begitu bersemangat! Antara pelbagai program yang saya kendalikan, Mini Beauty Clinic (MBC) adalah program yang saya rasa paling unik sekali, keranan misi saya melalui program ini adalah untuk mendidik kesedaran tentang betapa mudahnya untuk kelihatan cantik, menawan dan anggun! Apa yang diperlukan cuma masa, kemahiran dan sedikit latihan.

MBC adalah kelas khas untuk WANITA. Oleh sebab itu, tidak kekok apabila saya berkongsi tips dan ilmu kecantikan kerana saya percaya "semua wanita mahu kelihatan cantik". Di dalam kelas ini juga, saya beri penekanan pada 3 aspek yang asas namun sangat penting:
  1. 10 perkara yang PASTI memusnahkan imej seorang wanita (walau seanggun atau secantik mana pun seorang wanita itu)
  2. Analisis bentuk wajah (supaya mudah untuk dipadankan dengan bentuk tudung, aksesori dan stail rambut)
  3. Teknik tatarias Natural Looking Face (sesi make-up disertakan)
Mari kita tengok gambar daripada program. Enjoy!