Untuk pertama kalinya kami diundang ke MRSM untuk mengendalikan program tentang persiapan temuduga dan kerjaya popular kami - Career Coaching Programme. Dan buat pertama kalinya juga kami menjejakkan kaki ke Kedah.
Berbeza dengan sesi sebelum ini, program di MRSM Pendang bermula pada 23 Julai pada pukul 3 petang dan tamat pada 5 petang. Keesokannya, 24 Julai, program ini bersambung seawal 9 pagi dan tamat pada 3 petang. Seramai 128 pelajar hadir ke program ini.
Pada hari pertama, kami hanya menyentuh aspek penampilan profesional dan diperincikan sehingga aspek grooming dan dressing. Para peserta ditekankan dengan terperinci berkaitan tips ketrampilan berkesan dan didedahkan dengan kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukan oleh calon temuduga yang pertama kali hadir temuduga. Untuk mengakhiri sesi hari pertama tersebut, semua peserta dipesan agar mengaplikasikan ilmu berkaitan penampilan yang telah diajar dan hadir keesokan harinya dengan pakaian untuk ke temuduga.
(Bersambung. Saksikan transformasi peserta di bahagian kedua artikel ini.)