Pages

 

Career Coaching Programme @ MRSM Pendang (bahagian kedua)

(Sambungan daripada artikel di sini)

Seawal 9 pagi, sesi pada hari kedua di MRSM Pendang bermula. Para peserta hadir dengan imej yang lebih profesional dan nyata mereka mempraktikkan apa yang telah dikongsi kepada mereka pada hari sebelumnya.

Secara rawak, beberapa peserta dipilih dan diajak untuk tampil ke depan dan penilaian ringkas terhadap penampilan mereka dilakukan.



Kemudian, sesi pada hari kedua diteruskan dengan topik penulisan resume. Peserta diberi panduan langkah demi langkah menulis resume yang berkesan. Penekanan diberikan kepada ciri-ciri resume yang mampu menonjolkan kelebihan diri dan bertindak umpama 'iklan' - ringkas, tepat dan berkesan.

Selesai sesi penulisan resume, para peserta didedahkan pula dengan panduan komunikasi dan interaksi semasa temuduga. Setiap peserta diajar cara berkomunikasi yang lebih berkeyakinan dan dibekalkan dengan beberapa teknik interaksi melalui body language yang kerap dipaparkan semasa temuduga. Topik terakhir pula berkaitan dengan etika temuduga. Peserta dimaklumkan tentang etika yang harus ditonjolkan oleh seorang calon temuduga yang mampu meningkatkan peratus kejayaan mereka dalam mana-mana temuduga.


Bagi memastikan peserta dapat memerhati bagaimana kesemua intipati program ini dipraktikkan ke dalam sebuah temuduga, satu sesi latihan temuduga (mock interview) telah dijalankan. Dua peserta terpilih menjadi calon temuduga di dalam sesi ini. Sesi mock interview ini berjalan dengan jayanya dan memperlihatkan kefahaman tinggi para peserta dalam setiap perkara yang telah disampaikan.


Terima kasih MRSM Pendang. Setiap layanan baik, sambutan menggalakkan dan kerjasama penuh yang diberikan menjadi ingatan kami sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.