Pages

 

Image Coaching Programme @ UPM, Kolej Kelima Belas

Pada 31 Julai (Sabtu) yang lalu, kami memenuhi undangan Kolej Kelima Belas, UPM untuk mengendalikan Image Coaching Programme bersempena Karnival @ 15. Ini merupakan kali kelima kami bekerjasama dengan UPM dalam pengendalian program. Program kali ini bertempat di Dewan Putra 2 dan dihadiri lebih 130 orang peserta.

Topik yang disampaikan adalah berkaitan asas imej dan penampilan, panduan pemakaian dan ketrampilan, grooming, personaliti dan stail serta etika sosial dan korporat. Training Cube ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur program dan kesemua ahli jawatankuasa yang terlibat.




Sila lihat lebih banyak gambar program di galeri.