Pages

 

Professional Grooming for Fresh Graduates @ UUM-KYM, Melaka

Jabatan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Kolej Yayasan Melaka (KYM) mengundang kami pada 2 Oktober yang lalu untuk mengendalikan program khas untuk pelajar tahun akhir bersempena dengan Programme Mega Education, Entrepreneurship and Transformational Students 2010 (PROMETS 2010). 


Program kali ini dikhususkan untuk memberi informasi bagi menyerlahkan potensi diri melalui panduan penampilan profesional individu yang dipraktiskan dalam dunia kerjaya. Peserta yang terlibat untuk program Professional Grooming for Fresh Graduates ini terdiri daripada pelajar UUM, KYM dan Kolej Universiti Islam Melaka.


Selain daripada topik berkaitan penampilan profesional, peserta turut didedahkan dengan strategi memburu kerjaya (job-hunting skill) dan teknik menajamkan komunikasi serta etika untuk menghadapi temuduga kerjaya.

Program berjalan dengan lancar dan sambutan amat baik sehinggakan konsultan kami diminta untuk memanjangkan program setengah hari tersebut kepada program sehari. Walaubagaimanapun, permintaan tersebut terpaksa ditolak dengan baik kerana pada hari yang berikutnya kami perlu berada di Terengganu untuk program yang lain.

Namun begitu, pihak UUM-KYM menyatakan minat untuk menjadikan program seumpama ini sebagai pengisian tahunan dan kami di Training Cube menyambut baik cadangan berkenaan.


Sila klik di sini untuk melihat lebih banyak foto daripada program ini.