Pages

 

Program Kebolehpasaran Graduan @ PSIS

Selama 4 hari (5-8 Oktober 2010) kami berkampung di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sabak Bernam, bagi menjayakan Program Kebolehpasaran Graduan untuk semua pelajar tahun akhir di sana. 

Setiap sesi dihadiri oleh kumpulan pelajar daripada kursus yang berbeza. Bagi membekalkan peserta dengan informasi lengkap berkaitan persiapan ke alam kerjaya, kami memberi tumpuan khusus kepada 4 topik utama iaitu penampilan profesional, penulisan resume, teknik komunikasi dan etika semasa temuduga.

Sebagai maklumat tambahan, trainer kami turut memberikan pelbagai tips menjawab soalan temuduga dan informasi terkini berkaitan struktur temuduga yang sering dipraktikkan di pelbagai syarikat dan agensi pekerjaan. Di akhir setiap sesi, peserta terpilih akan terlibat dalam satu sesi mock interview yang memberikan gambaran sebenar temuduga. Malah melalui mock interview ini juga peserta dapat mengalami dan mengaitkan setiap topik yang telah dipelajari.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua - para peserta yang terlibat dan pihak pengurusan program. Semoga kita berpeluang berjumpa lagi!

Sila klik di sini untuk melihat lebih banyak foto daripada program ini.