Pages

 

Program Kebolehpasaran Graduan @ PSIS (Siri 2)

Kami ke Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) lagi pada 27 Oktober! Sebelum ini kami pernah berkampung selama 4 hari di sana (lihat sini). Untuk kali yang kedua, kami dijemput mengendalikan satu lagi sesi bersama 350 pelajar yang tidak berkesempatan bersama kami pada sesi yang lalu. Seperti program sebelum ini, aspek yang ditekankan sepanjang program ini ialah penampilan profesional, penulisan resume, teknik komunikasi dan etika semasa temuduga. 

Terima kasih kepada pihak pengurusan atas kepercayaan untuk melaksanakan program. Terima kasih juga kepada semua peserta yang hadir dan memberikan kerjasama dan testimoni padu kepada program ini.

Sila klik di sini untuk melihat lebih banyak foto daripada program ini.