Pages

 

Career Coaching Camp @ Samudera Bidara Resort, Melaka

Pada 18-20 Mac yang lalu, kami diberi tanggungjawab mengendalikan Career Coaching Camp kepada 67 orang peserta terpilih daripada UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia). Program yang diberi tema 'Jom Kerja' ini diadakan di Samudera Bidara Resort, Tanjung Bidara, Melaka merupakan program kedua seumpamanya yang kami anjurkan bersama UTHM.



Pengisian program ini merangkumi aspek penampilan profesional, penulisan resume dan cover letter, teknik komunikasi, networking skills, job hunting skills, proses temuduga dan etika semasa temuduga. Pendedahan berkaitan teknik menjawab soalan temuduga juga didedahkan agar para peserta memahami kehendak soalan penemuduga dengan betul dan mejawab dengan penuh yakin.

Berdasarkan maklumbalas di akhir program, sesi yang paling digemari peserta ialah sesi penulisan resume. Di dalam sesi ini, Puan Mary mendedahkan setiap aspek yang menjadikan sebuah resume itu laris  dan mampu menarik minat majikan untuk memanggil pemohon untuk ke sesi temuduga. Sesi ini ialah sesi praktikal dan setiap peserta dikehendaki menghasilkan resume di akhir sesi ini.



Di akhir program, sebuah sesi mock interview dijalankan bersama 2 peserta terpilih. Para peserta yang lain pula diberi tanggungjawab sebagai pemerhati dan menilai sesi mock interview tersebut berdasarkan interview evaluation form yang dibekalkan. Ini bertujuan agar mereka dapat mengalami sendiri bagaimana proses penilaian temuduga kebiasaannya dilakukan di dalam temuduga sebenar.


Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak foto program.