Pages

 

Internship Preparation Workshop @ UIA, Gombak


Kami dijemput ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak sekali lagi pada 3 dan 4 Mac yang lalu, kali ini mengendalikan program khas bersama pelajar UIA yang akan menjalani latihan industri. Bengkel 2 hari ini adalah kerjasama kami dengan Bahagian Alumni dan Perkhidmatan Kerjaya (Alumni and Career Services Division) dan disertai hampir 100 peserta.

Intipati program menekankan dua topik iaitu:

Persediaan sebelum latihan industri
  • Mengenalpasti minat dan kecenderungan diri
  • Mengenali latarbelakang syarikat
  • Mengetahui target dan harapan syarikat terhadap pelatih
  • Menyiapkan diri - persiapan mental, ketrampilan dan penampilan
  • Minggu pertama di tempat baru - apakah yang perlu dilakukan?
Kualiti peribadi dan kerja sepanjang latihan industri
  • Mendalami dan mempraktikkan etika tempat kerja
    - 6 etika tempat kerja yang mesti diamalkan
  • Ciri-ciri dan kualiti kerja seorang profesional
  • Tingkah laku sepanjang latihan industri 
  • Tips agar majikan berminat untuk menjadikan pelatih sebagai pekerja tetap (setelah bergraduat)
Program ini dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris dan dipenuhi latihan praktikal, aktiviti berkumpulan, role-play dan demonstrasi agar peserta memahami bagaimana harus bertindak dan menyusun tingkahlaku sepanjang menjalani latihan industri. Walaupun lokasi program terpaksa diubah pada hari kedua, ianya tidak memberi kesan kepada kerjasama, keaktifan dan semangat kesemua peserta sepanjang program.

Terima kasih kepada kesemua peserta Internship Preparation Workshop! Selamat maju jaya!



Sila klik di sini untuk lihat lebih banyak foto program.