Program Ketrampilan Graduan ini mendapat respon yang amat baik kerana mengandungi fakta dan isi kandungan yang dikemaskini dengan maklumat terbaru dan mengikuti keperluan industri pekerjaan yang sebenar. Para peserta didedahkan dengan segala keperluan dan persiapan yang harus mereka sediakan sebelum menghadapi temuduga kerjaya sebaik sahaja tamat pengajian nanti.
Antara topik menarik lain yang turut dikongsikan ialah:
- Cara penemuduga menilai calon temuduga.
- Cara resume dibaca dan dinilai oleh pihak syarikat.
- Bagaimana tangga gaji ditawarkan mengikut pasaran pekerjaan semasa.
Kali ini, lima institut pengajian tinggi di bawah pengurusan MARA terlibat dengan program ini. Lima IPT tersebut adalah :
- Kolej Profesional MARA (KPM) Bandar Penawar
- Institut Kemahiran MARA (IKM Johor Bahru)
- Kolej kemahiran Tingi MARA (KKTM) Sri Gading
- Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Batu Pahat
- Kolej Yayasan Pelajaran Johor