Pages

 

Kami kini adalah Training Cube International!


Salam sejahtera semua.

Wah, sudah lama tidak berkesempatan mengemaskini blog ini. Banyak perkara yang dilaksanakan sebelum ini. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan.

Training Cube dahulunya bergerak sebagai sebuah syarikat enterprise. Semenjak Februari 2012, Training Cube telah didaftarkan sebagai sebuah syarikat Sdn Bhd dengan nama baru Training Cube International Sdn Bhd (TCISB). Apabila sudah berdaftar sebagai syarikat Sdn Bhd, banyak pembaharuan yang dilakukan.

Kini, TCISB memiliki ruang pejabat sendiri dan sudah berpindah dari Mont Kiara ke Bandar Baru Ampang. Ia merangkumi ruang kerja, ruang rehat (pantri), ruang solat dan santai, serta bilik latihan yang dinamakan CUBIC.


Ruang pejabat baru kami di Bandar Baru Ampang.

Sudut khusus untuk tetamu yang mengunjungi pejabat kami.

Bilik latihan kami, CUBIC.

Jadual program dan permintaan terhadap program TCISB semakin rancak. Terutamanya untuk program berkaitan persiapan kerjaya dan imej profesional. Untuk melancarkan pergerakan dan memenuhi setiap jemputan program, TCISB telah menubuhkan 2 divisyen. Iaitu, divisyen yang fokus kepada persiapan kerjaya, Graduates Career Advancement Centre (Career Cube) dan Akademi Perunding Imej Profesional (APIP) yang lebih fokus kepada program umum dan pentauliahan perunding imej. 




Bermula September 2012 yang lalu, Career Cube ditubuhkan khusus untuk program persiapan kerjaya, temuduga dan latihan industri. Semakin banyak maklum balas yang mengagumkan yang kami terima daripada peserta yang pernah hadir ke program kami, Bengkel Persiapan Kerjaya. Tahniah! Keyakinan anda, inspirasi kami.

Pengalaman selama 5 tahun di dalam persiapan kerjaya ini menjadikan Career Cube semakin matang dan menjadi pilihan utama di beberapa institusi pengajian tinggi dan menengah. Lagi maklumat tentang Career Cube, klik careercube.com.my dan gambar, Facebook Career Cube.




Akademi Perunding Imej Profesional (APIP) adalah divisyen yang menawarkan kursus intensif perunding imej latihan bertauliah (Certified Professional Image Consultant – CPIC). Program ini dijalankan sebanyak 2 kali di dalam setahun. Ia adalah program bertauliah selama 6 hari. Sepanjang penubuhannya, seramai 38 orang perunding imej daripada 3 batch, telah berjaya ditauliahkan oleh akademi. Antara mereka adalah, CPIC Amin Idris (Penyampai TV AlHijrah), CPIC Heliza Helmi (AF6), dan ramai lagi.

APIP juga mengendalikan program umum berkaitan imej, etika dan komunikasi. Ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat. Maklumat lanjut tentang APIP, klik perundingimej.com.

Sekian dahulu. Bersua lagi nanti.

Salam hormat.