Program satu hari ini berjalan dengan lancar dan para peserta sungguh komited sepanjang sesi. Lebih menyeronokkan adalah di akhir sesi, kami mengadakan mock-interview. 3 orang pelajar dipilih secara rawak dan menjalani sesi temuduga.
Antara kemahiran yang dikongsikan sepanjang sesi ini adalah
teknik penyusunan sijil dan dokumen:
- Memilih sijil yang berkaitan dengan penceritaan resume
- Menyusun sijil mengikut turutan penceritaan resume dengan yang paling terkini di hadapan sekali.
- Memilih fail yang menampilkan kekemasan agar mudah untuk penemuduga meneliti sijil.
Dan, persoalan yang paling mendapat perhatian: Adakah dibenarkan untuk menulis aktiviti yang tidak diberikan sijil?
Dengan kemahiran ini, calon temuduga mampu dilihat jauh lebih bersedia berbanding calon yang lain.
Untuk melihat lebih banyak gambar, lawati FB Career Cube kami.